|
Pendidikan
Tanpa ilmu di dada ,
manusia akan mundur dan ketinggalan.Sistem pendidikan Malaysia yang
sentiasa mementingkan mutu dan kualiti menjamin masa hadapan
pelajar-pelajar Malaysia yang lebih cerah.Sesungguhnya tenaga para
pelajar Malaysia akan digunakan bagi membangunkan negara pada masa
hadapan.Selaras dengan kehendak kerajaan menjelang Wawasan 2020 ,
pendidikan menjadi teras utama ke arah merealisasikannya.Meluntur buluh
biar dari rebungnya , sejurus itu kerajaan Malaysia telah menyediakan
pendidikan awal kepada anak-anak kecil supaya mereka dapat menyemaikan
nilai-nilai murni dalam diri mereka sejak kecil lagi. Mereka juga dapat
mewujudkan keseimbangan dari segi intelektual , kepimpinan ,
pemikiran dan sebagainya.
Sumber Maklumat
|
|
|