IPTS
IPTS atau lebih dikenali sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta telah
diperkenalkan sejajar dengan permintaan pihak kerajaan dalam
meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara memandangkan negara Malaysia
memerlukan tenaga mahir yang ramai dalam menuju masa hadapan
kelak.Disamping itu juga institusi ini juga membantu institusi pengajian
awam dalam menghasilkan tenaga-tenaga pakar yang bakal menerajui
kepimpinan negara.
Kelebihan-kelebihan yang terdapat pada IPTS ialah ia menawarkan
program-program yang lebih khusus tentang sesebuah kerjaya. Sebagai
contoh, Universiti Tenaga Nasional menawarkan program ijazah dan diploma
dalam bidang kejuruteraan danjuga perniagaan.Di samping itu juga kualiti
pendidikan bagi IPTS lebih terjamin berbanding IPTA yang disebabkan oleh
jumlah penuntut di dalam sesebuah universiti. Kemudahan infrastruktur
yang disediakan juga amat berbeza dengan apa yang tersedia di IPTA yang
lain.
Sebagai contoh , Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti
Teknologi PETRONAS (UTP) dan Universiti Multimedia (MMU). Kesemua
universiti ini secara amnya dapat menjamin kejayaan siswa dan siswi
secara tidak langsung dapat mewujudkan masyarakat yang berpendidikan ,
bermoral dan berfikiran tinggi dan jauh.
Universiti
Teknologi PETRONAS (UTP) telah ditubuhkan pada 10 Januari 1997 apabila
Petronas telah dijemput untuk menubuhkan sebuah universiti . Sebelum ini
ia dikenali sebagai Institut Teknologi Petronas (ITP) dan dimiliki
sepenuhnya oleh PETRONAS. Universiti ini telah didaftarkan dibawah
Kementerian Pendidikan pada 26 April 1995 dan mendapat pengiktirafan
oleh “Essential Higher Education Institute Regulation 1996". ITP
telah memulakan operasinya di PERMATA,
Bangi , Selangor pada 3 Julai 1995.Pada 26 Julai 1995 ITP didaftarkan
dibawah sebuah syarikat swasta dan berpindah ke bandar Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan pada 1 Julai 1996.
|