IPTA
Ipta (Institusi Pengajian Tinggi Awam) merupakan langkah kerajaan
Malaysia untuk menempatkan para pelajar lepasan SPM supaya mereka dapat
meneruskan proses pembelajaran mereka. pelbagai institut telah
ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia. Sebagai contoh Universiti Putra
Malaysia (UPM) , Universiti Malaya (UM) , Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Kesemua
universiti-universiti ini berupaya menyediakan pelbagai kursus-kursus
yang bakal digunakan pada masa hadapan. sebagai contoh, kursus
kejuruteraan , kedoktoran , perakaunan dan bisnes.
Kursus-kursus
ini dapat dipelajari dengan lebih mendalam dengan wujudnya
universiti-universiti sebegini. Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai
contoh menawarkan kursus kedoktoran dan berbagai lagi. Manakala ,
Universiti Putra Malaysia pula menawarkan kursus-kursus yang berkaitan
dengan hal ehwal pertanian. Walaubagaimanapun universiti-universiti
tempatan ini tetap memberi yang terbaik untuk siswa-siswa dan
siswi-siswi bagi menjamin masa hadapan mereka.
Selain
itu, universiti-universiti ini juga menawarkan kursus yang berkaitan
dengan kerjaya yang berkaitan dengan IT (Information Technology). Ini
sejajar dengan pembagunan negara Malaysia yang kini semakin hari semakin
hampir dengan dunia IT.Dengan ini ia dapat membantu rakyat Malaysia
memenuhi permintaan Perdana Menteri Malaysia yang inginkan rakyatnya
celik IT berkembang kearah itu.
Dengan
wujudnya universiti-universiti seperti diatas maka terjaminlah masa
hadapan siswa dan siswi dan seterusnya
membentuk sebuah masyarakat yang berilmu, berakhlak,
berteknologi dan
berkeperibadian.
|