Kembali Ke Muka Hadapan Laman Web
 

 

Sejarah

 

Keagungan sesuatu bangsa itu ditentukan oleh kepentingan yang diberikan pada sejarah. Sejarah merupakan suatu khazanah yang amat bernilai. Sejarah adalah gedung pengalaman. Bangsa yang agung adalah bangsa yang menempah sejarah dan yang mahu mempelajari daripada sejarah. Sesuatu bangsa yang tidak mempelajari daripada sejarah akan terus melakukan kesalahan berkali-kali yang akan berakhir dengan keruntuhan bangsa itu. Daripada sejarah kita menghargai kehormatan diri kita. Daripada sejarah juga kita dapat menginsafi kedudukan kita di dalam sejarah kemanusiaan dan alam semesta. Sejarah akan memberi kita tenaga dan landasan di dalam menempa dan membentuk tamadun baru. 

 

Sumber Maklumat