Make your own free website on Tripod.com
Kembali Ke Muka Hadapan Laman Web
 

 

MRSM BITARA

 

 

PELAN INDUK MRSM BITARA


Pelan induk MRSM BITARA merupakan 'blueprint' untuk menyatupadukan Teknologi Maklumat dalam pendidikan MRSM sebagai strategi menangani cabaran pendidikan abad ke-21. Berdasarkan falsafah Pendidikan MRSM BITARA , pendidikan adalah suatu kewajipan daqn komitmen yang berterusan,dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti dan kebergunaan manusia kepada diri sendiri,masyarakat dan Tuhan.Oleh itu, pendidikan MRSM BITARA adalah ke arah memenuhi keperluan masyarakat akan datang. Kemahiran yang diutamakan dalam pendidikan ini ialah kemahiran berfikir,kemahiran belajar dan kemahiran berkomunikasi. Salah satu cara menanamkan kemahiran ini adalah melalui pengajaran dan pembelajaran menerusi Teknologi Maklumat (TM). MRSM BITARA ialah model pendidikan MRSM bertaraf dunia mengikut acuan MARA. Maksud Bitara ialah:

B - Bijaksana 
I - Islah/Ilmiah 
T - Takwa 
A - Amal 
R - Rajulul A'Amal/Usahawan 
A - Atqan/Kualiti

Dengan itu MRSM BITARA dengan kata lainnya bermaksud yang unggul,unik dan tiada taranya membawa misi untuk menjadikan MRSM sebagai institusi pendidikan yang terbaik di Malaysia dalam melahirkan golongan profesional dan usahawan Bumiputra.



MATLAMAT MRSM BITARA

Meluaskan hubungan antara maktab dengan persekitaran ( daerah dan dunia) untuk untuk memperkayakan alam pendidikan MRSM. Guru dan pelajar boleh memperolehi ilmu daripada kepelbagaian maklumat hingga ke peringkat antarabangsa. Mereka boleh berkomunikasi dan bekerjasama dengan institusi pendidikan yang lain sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Menggalakkan berfikir secara kreatif, belajar seumur hidup dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Pelajar pelajar dilatih mencari,mengenalisis dan menggunakan maklumat untuk membentuk menyelesaikan masalah. 

Menghasilkan proses pendidikan yang inovatif. Penyatupaduan penggunaan Teknologi Maklumat dalam pendidikan akan menggalakkan pelbagai inovasi.Pengajaran dan pembelajaran berasaskan TM akan membuka ruang pembentukan kurikulum baru dan sistem penilaian baru yang bersesuaian dengan objektif pendidikan MRSM.

Menggalakkan pengurusan dan pentadbiran yang cemerlang dalam sistem pendidikan. Penggunaan TM memberi peluang yang luas untuk berkomunikasi secara berkesan antara sekolah dengan sekolah dan dengan Ibu Pejabat. Ini akan mewujudkan pentadbiran pendidikan yang cekap. Data dan maklumat yang sedia dan mudah diperolehi secara 'online' akan membantu pentadbir membuat keputusan yang cekap dalam semua peringkat.

 

Contoh-contoh Maktab Rendah Sains MARA BITARA  ialah :-

 

  • MRSM BITARA PENGKALAN CHEPA

  • MRSM BITARA TAIPING

  • MRSM BITARA JASIN

  • MRSM BITARA LANGKAWI

 

 

TUMPUAN UTAMA

Kurikulum dan Penilaian 

Kandungan dan Sumber Pembelajaran 

Infrastruktur Fizikal dan Teknologi 

Pembangunan Sumber Manusia 


Kurikulum maktab akan diseimbangkan antara mendapatkan fakta dengan menguasai konsep serta proses. Pembelajaran akan beralih daripada menerima maklumat kepada mencari maklumat maklumat yang berhubungan, belajar menggunakan maklumat untuk mengatasi masalah dan berkomunikasi secara berkesan. TM akan menjadi alat utama untuk perubahan ini. 

Penggunaan TM akan mempertingkatkan kemahiran guru dan membuka ruang yang lebih luas untuk mendapatkan sumber pengajaran dan pembelajaran.Pembelajaran secara kendiri dapat dipertingkatkan dan menggalakan lebih ramai pelajar cerdas meluaskan tahap pembelajaran mereka melepasi kurikulum sedia ada. TM digunakan untuk pengajaran dalam semua subjek.Peringkat permulaan penggunaan sumber daripada Internet,Halam Web dan perisian kursus yang ada dalam pasaran adalah digalakkan. Perisian kursus MRSM akan dibina mengikut peringkat-peringkat tertentu.

Penilaian formatif di MRSM BITARA mengamalkan sistem Purata Nilaian Gred yang memberi penekanan kepada mencari dan menggunakan maklumat,kemahiran berfikir dan kemahiran komunikasi di samping menggunakan perisian-perisian penilaian kendiri yang mengikut kepantasan sendiri.

PROGRAM LATIHAN GURU

Latihan intensif sangat diperlukan supaya guru guru lebih mahir dalam penggunaan komputer disamping dapat menggunakan perisian kursus untuk MRSM BITARA. Pihak MIMOS bersetuju memberikan kursus untuk melatih guru guru dalam membina 'course ware' . Sebagai permulaan guru guru akan diberi kursus HTML dan akan dilaksanakan mengikut zon.