Make your own free website on Tripod.com
Kembali Ke Muka Hadapan Laman Web
 

 

IPTA

 

Ipta (Institusi Pengajian Tinggi Awam) merupakan langkah kerajaan Malaysia untuk menempatkan para pelajar lepasan SPM supaya mereka dapat meneruskan proses pembelajaran mereka. pelbagai institut telah ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia. Sebagai contoh Universiti Putra Malaysia (UPM) , Universiti Malaya (UM) , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Kesemua universiti-universiti ini berupaya menyediakan pelbagai kursus-kursus yang bakal digunakan pada masa hadapan. sebagai contoh, kursus kejuruteraan , kedoktoran , perakaunan dan bisnes.

  

Kursus-kursus ini dapat dipelajari dengan lebih mendalam dengan wujudnya universiti-universiti sebegini. Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai contoh menawarkan kursus kedoktoran dan berbagai lagi. Manakala , Universiti Putra Malaysia pula menawarkan kursus-kursus yang berkaitan dengan hal ehwal pertanian. Walaubagaimanapun universiti-universiti tempatan ini tetap memberi yang terbaik untuk siswa-siswa dan siswi-siswi bagi menjamin masa hadapan mereka.

 

Selain itu, universiti-universiti ini juga menawarkan kursus yang berkaitan dengan kerjaya yang berkaitan dengan IT (Information Technology). Ini sejajar dengan pembagunan negara Malaysia yang kini semakin hari semakin hampir dengan dunia IT.Dengan ini ia dapat membantu rakyat Malaysia memenuhi permintaan Perdana Menteri Malaysia yang inginkan rakyatnya celik IT berkembang kearah itu.

 

Dengan wujudnya universiti-universiti seperti diatas maka terjaminlah masa hadapan siswa dan siswi dan seterusnya membentuk sebuah masyarakat yang berilmu, berakhlak,  berteknologi dan   berkeperibadian.