Make your own free website on Tripod.com
Kembali Ke Muka Hadapan Laman Web
 

 

IPTS

 

IPTS atau lebih dikenali sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta telah diperkenalkan sejajar dengan permintaan pihak kerajaan dalam meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara memandangkan negara Malaysia memerlukan tenaga mahir yang ramai dalam menuju masa hadapan kelak.Disamping itu juga institusi ini juga membantu institusi pengajian awam dalam menghasilkan tenaga-tenaga pakar yang bakal menerajui kepimpinan negara.

 

     

 

Kelebihan-kelebihan yang terdapat pada IPTS ialah ia menawarkan program-program yang lebih khusus tentang sesebuah kerjaya. Sebagai contoh, Universiti Tenaga Nasional menawarkan program ijazah dan diploma dalam bidang kejuruteraan danjuga perniagaan.Di samping itu juga kualiti pendidikan bagi IPTS lebih terjamin berbanding IPTA yang disebabkan oleh jumlah penuntut di dalam sesebuah universiti. Kemudahan infrastruktur yang disediakan juga amat berbeza dengan apa yang tersedia di IPTA yang lain. 

 

     

Sebagai contoh , Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan Universiti Multimedia (MMU). Kesemua universiti ini secara amnya dapat menjamin kejayaan siswa dan siswi secara tidak langsung dapat mewujudkan masyarakat yang berpendidikan , bermoral dan berfikiran tinggi dan jauh.

     

 

Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) telah ditubuhkan pada 10 Januari 1997 apabila Petronas telah dijemput untuk menubuhkan sebuah universiti . Sebelum ini ia dikenali sebagai Institut Teknologi Petronas (ITP) dan dimiliki sepenuhnya oleh PETRONAS. Universiti ini telah didaftarkan dibawah Kementerian Pendidikan pada 26 April 1995 dan mendapat pengiktirafan oleh “Essential Higher Education Institute Regulation 1996". ITP telah memulakan operasinya di  PERMATA, Bangi , Selangor pada 3 Julai 1995.Pada 26 Julai 1995 ITP didaftarkan dibawah sebuah syarikat swasta dan berpindah ke bandar Seri Iskandar Perak Darul Ridzuan pada 1 Julai 1996.