Make your own free website on Tripod.com
Kembali Ke Muka Hadapan Laman Web
 

 

Gunung Everest

Empat pendaki  Malaysia –Kumpulan Ekspedisi Everest – telah membuat percubaan yang keempat dan terakhir bagi mencapai puncak Gunung Everest. Walaupun sudah 13 jam dalam percubaan  ini , puncak Gunung Everest setinggi 8848 atas aras laut masih belum kelihatan.Dua pendaki daripada empat orang terpaksa mengundur diri daripada perjuangan menawan Gunung Everest disebabkan kecederaan dan penyakit yang mereka alami semasa mendaki puncak tersebut. Kedua-duanya terpaksa berpatah balik ke kem utama , meninggalkan Mohan dan Magendran untuk membawa harapan negara untuk menawan Gunung Everest.  

Pada hari yang penuh bersejarah buat semua semua rakyat Malaysia , Mohanadas Nagappan menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest 15 minit selepas M. Magendran , menjadikan mereka berdua sebagai pendaki Malaysia pertama menawan gunung tertinggi di dunia ini.Disebabkan oleh mereka , Jalur Gemilang dapat berdiri dengan megah di gunung tersebut.

“Setelah banyak buku mengenai Gunung Everest yang telah saya baca , saya sedar untuk mendaki Gunung Everest bukannya sesuatu yang senang.Sudah banyak kegagalan yang menimpa pendaki-pendaki Gunung Everest sebelum kami dan kami bimbang nasib yang sama mungkin menimpa kami.Walaupun begitu , saya begitu berterima kasih kepada Tuhan kerana telah memberikan kami kekuatan dalam mengatasi rintangan-rintangan yang ada semasa mendaki Gunung Everest.Saya rasa semua rakyat Malaysia menyokong kami dan kami tidak mensia-siakan harapan mereka.Kami telah membuatnya menjadi kenyataan,” kata Mohan.

Lima bulan berlalu semenjak Mohan pulang sebagai seorang perwira negara , dia masih tidak biasa dengan perhatian yang telah diberikan oleh orang ramai. “Orang ramai masih menganggap saya sebagai seorang ‘celeberity star’ tapi saya tidak beranggapan sedemikian.Saya masih Mohan yang asal.Orang ramai mungkin melayan saya dengan cara yang berlainan kini tapi saya masih dengan cara saya keluar bersama rakan-rakan menikmati the tarik di gerai mamak.Selain itu , saya akan kembali bekerja seperti orang lain,”jelas Mohan.

Setelah ditanya apakah perasaannya setelah kini namanya tercatat dalam sejarah sebagai pendaki Malaysia pertama berjaya menawan puncak Gunung Everest , Mohan berkata ,”Saya rasa ini merupakan sesuatu yang baik dan istimewa buat anak-anak saya dan semua rakyat Malaysia.Ini membuktikan bahawa Malaysia Boleh.Anak-anak muda kita perlu sedar bahawa jika kita boleh lakukannya , mereka juga boleh.Mereka boleh apa sahaja terjadi.

Percayalah keupayaan diri anda , jangan cepat putus asa dan pastikan anda mempunyai keazaman dan matlamat dalam menghadapi cabaran yang ada.”

   

Mohan berazam akan menggunakan pengalaman yang diperolehinya untuk kegunaan yang baik.”Saya akan mempromosikan mendaki sebagai sebuah sukan di Malaysia dan saya rasa akan sertai ekspedisi tiga tahun sekali.”,katanya.

 

Gambar-gambar lain:-