Kembali Ke Muka Hadapan Laman Web
 

 

Kenderaan Nasional

Kereta Kebangsaan

     

Mungkin ia merupakan satu simbol yang agak ganjil. Tetapi, ia amat bermakna bagi penduduk Malaysia.Ia melambangkan keazaman rakyat Malaysia untuk menukarkankan status daripada komoditi pengeluar utama  kepada satu negara industri. Projek ini buat pertama kalinya diumumkan pada tahun 1982 dan menjadi satu kenyataan pada bulan September 1985.

 

     

Kenderaan pertama yang telah dikeluarkan oleh negara Malaysia ialah Proton. Ia merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan bagi rakyat Malaysia. Ia juga telah mencatat sejarah bagi negara Malaysia. Dengan wujudnya Proton , ia sekaligus telah mengharumkan nama negara Malaysia. 

 

Malaysia kini terkenal dimata dunia. Kereta-kereta ini telah dieksport ke negara-negara asing. Proton telah membantu negara Malaysia membangun menjadi sebuah negara industri. Status ekonomi Malaysia juga menjadi stabil dan disinilah Malaysia merasai saat-saat kegemilangannya.

 

     

Setelah beberapa tahun kemudian, muncul pula kenderaan keluaran Malaysia yang kedua iaitu PERODUA. Dengan keluarnya kenderaan ini ia juga berjaya menarik minat para pedagang luar. 

 

 

 

 

Setelah melihat usaha ini berjaya, maka pihak kerajaan Malaysia bertindak untuk mengeluarkan berbagai jenis model lagi untuk menarik perhatian rakyat malaysia agar menggunakan kenderaan keluaran negara  sendiri. Selain itu , ia juga dapat menimbulkan daya saing yang tinggi antara syarikat pengeluar kereta tempatan seterusnya meningkatkan lagi kualiti dan mutu keluaran negara.