Kembali Ke Muka Hadapan Laman Web
 

 

INFRASTRUKTUR

 

            

Pembangunan negara yang pesat membangun telah membuka peluang kepada negara untuk membina pelbagai infrastruktur yang bertaraf dunia. Segala kelengkapan dalam setiap infrastruktur yang dibina merupakan yang tercanggih dunia. Dari bangunan pencakar langit hingga ke litar lumba kereta formula satu, segalanya adalah dibina untuk mengejar wawasan sebuah negara membangun, iaitu Malaysia dan untuk rakyatnya.

 

          

Bermula dengan impian membina sebuah kawasan yang berasaskan Teknologi Maklumat. Sebagai langkah pertama, Malaysia telah  membina Multimedia Super Koridor (MSC). Kawasan yang diliputi oleh MSC adalah selebar 15 kilometer dan sepanjang 50 kilometer. Bermula dari KLCC hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Multimedia Super Koridor telah dirasmikan pada 27 Jun 1998. Dua “Bandar Pintar” telah dibina dalam likungan kawasan tersebut, iaitu Putrajaya – pusat pentadbiran negara dan Cyberjaya – pusat perindustrian multimedia, pusat penyelidikan dan pembangunan dan sebuah universiti.

 

             

Sebuah lagi impian negara yang menjadi kenyataan ialah pembinaan mercu tanda kebanggaan - Menara Kuala Lumpur. Kombinasi daya inovasi yang tinggi dalam bidang perniagaan, hiburan dan pusat telekomunikasi yang berteknologi tinggi. Tersergam megah di Bukit Nanas, Menara Kuala Lumpur merupakan pencapaian tertinggi dalam pembangunan negara di tengah-tengah kesibukan kota metropolitan Kuala Lumpur. Kedudukan Menara Kuala Lumpur sebagai pusat telekomunikasi dan penyiaran multimedia yang tertinggi dia Asia Tenggara telah merubah secara keseluruhannya cara hidup masyarakat Malaysia dalam menuju ke alaf baru.

 

            

Penglibatan negara dalam perlumbaan formula satu merupakan satu kebanggaan kepada rakyat. Kejayaan menganjurkan perlumbaan bertaraf dunia menjadi realiti apabila Litar Formula Satu di Sepang berjaya disiapkan pada November 1998 dengan kos perbelanjaan sebanyak US$120 juta. Litar sepanjang 5.542 kilometer terletak kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur dan kira-kira 15 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Litar ini yang dilengkapi dengan kelengkapan yang berteknologi tinggi  merupakan litar yang tercanggih di dunia. Selain dari perlumbaan Formula Satu, Litar Sepang juga dapat dijadikan sebagai litar perlumbaan Motosikal Grand Prix Dunia.

 

            Dengan adanya pelbagai infrastruktur yang berteknologi tinggi, negara ini akan terus maju dan membangun. Malah mencapai cita-cita Perdana Menteri kita iaitu Wawasan 2020.